Takrif / Definisi1)"Ethics" atau Etika berasal dari perkataan Yunani "Ethos"-Dari segi bahasa bermaksud perangai, keperibadian (Character) atau adat (Custom)2)Show, 1991-memberi pengertian sebagai "satu sistem perlakuan yang merangkumi prinsip-prinsip moral3 Unsur mendefinisikan etika (Degeorge, 1986)1)Sesuatu yang sistematik, ke arah memahami rasional perlakuan individu dan masyarakat2)Individu yang bermasyarakat dapat mencapai kepuasan dalam hidup mereka3)Dengan berlandaskan pengalaman moral mereka, individu dan masyarakat menetapkan suatu tataatur perlakuan yang berfungsi mengawal hubungan manusia
Definisi Etika PerniagaanEtika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan.Bahan tambahan : Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah. Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supayamempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat, contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.Maksud Etika Mengikut Kamus Dewan, (2005 : 401) etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Adapun Institut Integriti Malaysia (2007 : 17) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. Jelasnya etika adalah suatu prinsip atau peraturan atau nilai akhlak atau moral berkaitan tingkah laku atau tindakan setiap anggota dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan atau nilai akhlak atau moral yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDelete