Monday 27 January 2014

AHLI FALSAFAH PEMIKIRAN ETIKA



Jeremy Bentham (1748-1832) kemukan prinsip utiliti :
i. Mengenal pasti peranan asas keseronokan dan kesakitan dalam kehidupan manusia.
ii. Menerima atau menolak sesuatu perlakuan baik dan buruk berasaskan berapa banyak kesakitan dan keseronokan yang diperoleh dari perlakuan itu.
iii. Mengaitkan secara langsung keseronokan dengan kebaikan dan kesakitan dengan keburukan.
iv. Berpendirian bahawa keseronokan dan kesakitan itu boleh dijumlahkan dan boleh diukur.


John Stuart Mill (1806-1873) mengubahsuai sedikit pandangan Bentham dengan memperlihatkan kecenderongan hedonistiknya dengan menekankan :
i. Bukanlah jumlah keseronokan yang dikira tetapi kualiti kebahagiaan itulah yang penting dalam utilitarianism.
ii. Membuat penjumlahan dalm hal ini adalah tidak munasabah kerana kualiti tidak boleh dijumlahkan
iii. Utilitarianism merujuk kepada prinsip kebahagiaan yang paling agung bagi jumlah orang yang paling ramai.

No comments:

Post a Comment