Monday 27 January 2014

Teori Perkembangan Jean Piaget (Moral)


Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.

Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga anaknya sendiri. Piaget telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.

Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk memandu tingkah laku individu

Adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

Asimilasi dan akomodasi ialah aspek penyesuaian diri
-Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan yang baru
-Perkara baru yang dipelajari disebut akomodasi.

1 comment:

  1. Slot machine online casino site
    › online › online Online Slot machine online casino 카지노사이트luckclub site · Casino · Slots · Table Games · Bingo · Bingo · Video Poker · Video Keno · Bingo

    ReplyDelete