Friday 24 January 2014

Sejarah Etika & Moral

Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.

Socrates (469-399 B.C.)

Menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh.Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.


Plato (428-348B.C.)

Mengkaji hubungan etika dan personaliti manusia Kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh Kebaikan moral sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.



Aristotle (384-322B.C.)

Beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti.Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu.

No comments:

Post a Comment