Monday 27 January 2014

Teori Perkembangan Lawrence Kohlberg (Moral)

Lanjutan daripada Teori Jean Piaget.Berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan moral dalam setiap individu.Terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu iaitu:-

Peringkat pertama ialah orientasi kepatuhan dan hukuman
Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi.
Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri

Tahap Pertengahan
Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial. Peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik.

Peringkat keempat
Akur kepada sisitem sosial dan etika peraturan. Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat.

Peringkat kelima
Etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Patuh kepada hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment