Monday 27 January 2014

Definisi Moral

Moral

 Daripada perkataan Greek : mores;yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987).
 Suatu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut

Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan agama yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Moral melibatkan manusia dan perhubungan manusia dengan alam, makhluk lain, manusia dan bukan manusia. Manusia ang tidak memiliki moral disebut amoral ertinya dia tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya dan moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia. Moral secara ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses sosialisasi individu tanpa moral manusia tidak boleh melakukan proses sosialisasi.

No comments:

Post a Comment